Wednesday, October 14, 2009

Interaksi Mahasiswa/i UMS dengan calon peperiksaan SPM & STPM Kimaragang tahun 2009 ditunda

Adalah difahamkan bahawa atas kesukaran teknikal, program berkenaan telah ditunda ke satu masa yang akan ditentukan kemudian. Pautan di http://wwwsst.ums.edu.my/lecturer/jed/page/709

Tuesday, October 6, 2009

Interaksi Mahasiswa Mahasiswi UMS dengan calon peperiksaan SPM & STPM kaum Kimaragang tahun 2009

Berita terbaru mengenai program di atas. Ketetapan telah diatur bahawa program tersebut akan dilaksanakan pada 22-25hb. Oktober 2009. Tempat yang sesuai masih dicari. Adalah difahamkan bahawa penganjur program mempunyai kekangan dari segi kewangan. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan tidak semua pelajar-pelajar Kimaragang calon peperiksaan SPM & STPM 2009 dapat akan dilibatkan. Hanya sebilangan sahaja daripada mereka akan dipilih. Semoga program ini akan dapat membantu anak-anak Kimaragang dalam perkembangan pendidikan mereka seterusnya kerjaya di masa hadapan.

Thursday, September 24, 2009

Interaksi Mahasiswa Mahasiswi UMS dengan calon peperiksaan SPM & STPM kaum Kimaragang tahun 2009

Selamat sejahtera dan selamat menyambut hari raya 2009.

Adalah difahamkan bahawa Prof. Jedol bersama-sama rakan-rakan dan mahasiswa mahasiswi Kimaragang di UMS sedang berusaha untuk membawa para pelajar terbaik UMS untuk berinteraksi sambil belajar dengan pelajar-pelajar kaum kimaragang sekitar kawasan Tandek yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun 2009. Difahamkan juga bahawa beliau mendapat kerjasama penuh daripada pelajar-pelajar Sains dan Teknologi bagi mengendalikan program berkenaan.

Objektif program ini adalah untuk membantu calon-calon peperiksaan SPM dan STPM kaum Kimaragang menambahkan lagi keyakinan mereka dalam menghadapi peperiksaan. Ini boleh berlaku melalui perkongsian daripada mahasiswa mahasiswi UMS pengalaman mereka terdahulu.

Didapati bahawa setelah Anugerah Pelajar Kimaragang Cemerlang 2008 dianjurkan oleh Prof. Jedol dan rakan-rakan melalui Persatuan Alumni Kimaragang Tandek, bilangan pelajar kaum Kimaragang yang berjaya mlanjutkan pelajaran ke UMS meningkat sehingga menghampiri 20 bagi tahun akademik 2009/2010 (diramalkan peningkatan serupa juga berlaku di universiti lain). Mungkin ini satu kebetulan atau memang program seumpamanya memberikan dorongan kepada anak-anak Kimaragang untuk berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Jika benar program seumpamanya memberikan kesan positif, satu koordinasi antara pensyarah-pensyarah UMS dengan guru-guru di sekolah-sekolah menengah kawasan Tandek perlu diwujudkan untuk merangka program seumpamanya secara berkala. Daripada kesan positif yang ditunjukkan oleh program Anugerah Pelajar Kimaragang Cemerlang 2008, Prof. Jedol percaya program interaksi sambil belajar yang bakal dilaksanakan ini akan memberikan impak yang lebih besar kepada kecemerlangan pelajar-pelajar Kimaragang.

Sahubungan dengan program interaksi berkenaan, Prof. Jedol dan rakan-rakan berharap agar ianya akan mendapat sambutan terutamanya di kalangan ibu-bapa dan guru-guru untuk mendorong para pelajar mengambil bahagian dalam program ini. Kebimbangan Prof. Jedol dan rakan-rakan sehingga masa ini adalah mereka belum mempunyai sumber kewangan untuk menjayakan program berkenaan. Antara keperluan sumber kewangan adalah untuk menampung perbelanjaan tempat tinggal, makan dan pengangkutan para fasilitator.

Maklumat berkenaan program interaksi ini akan dimuatkan dari masa ke semasa dalam ruang blog ini. Sehingga itu, diharapkan agar program ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak yang terlibat.

Sunday, June 7, 2009

SAMA-SAMA KITA URAIKAN KEKUSUTAN

Salam kepada semua.

Prof. Jedol sedang bercuti untuk satu jangkamasa dan beliau meminta supaya ulasan berikut dimuatkan ke dalam blog ini.

Sebelum itu, beliau ingin membuat kenyataan tidak rasmi (menurut beliau, kenyataan rasmi biasanya dibuat oleh Setiausaha Kehormat setelah dibincangkan dalam mesyuarat) bahawa Persatuan Alumni Kimaragang Tandek belum lagi didftarkan dan belum lagi dilancarkan. Pada pendapat beliau, antara penyumbang utama dalam kemelut terkini adalah kerana beliau dianggap "Tidak menjemput ahli-ahli Deklarasi Torong Soko (DTS) ke dalam Alumni" dan "Menganugerah kepada diri sendiri". Kuasa autonomi Alumni bukanlah dimiliki oleh beliau sehinggakan beliau boleh menjemput sesiapa sesuka hatinya. Kuasa autonomi Alumni dimiliki oleh Alumni. Sebarang tindakan yang diambil berkaitan Alumni perlu dibincangkan mengikut prosedur perlembagaan persatuan.

Mungkin seperkara yang dipandang ringan oleh semua pihak iaitu Persatuan Alumni Kimaragang Tandek telahpun mempunyai struktur organisasinya jauh lebih awal daripada DTS. Pada pendapat saya, organisasi asal dikekalkan atas dasar setiakawan Prof. Jedol terhadap pengasas Alumni. Walau bagaimanapun, seperti apa yang berlaku semasa Anugerah Pelajar Cemerlang Kimaragang 2008 di mana kesemua Jawatankuasa Alumni yang asal dengan sebulat suara menjemput semua pihak (yang dapat dihubungi pada masa itu) untuk memainkan peranan dalam majlis berkenaan, beliau juga percaya bahawa dalam fasa seterusnya (setelah Alumni dikukuhkan), Jawatankuasa Alumni juga akan bersetuju untuk menjemput semua pihak ke dalam organisasi untuk "sama-sama melakukan semua perkara" secara bersama-sama (posting http://muralang76jr.blogspot.com/2009/06/tuluskah-hati-mu.html adalh berkait).

Beliau membayangkan penyatuan kembali kumpulan Deklarasi Torong Soko bersama harapan beliau iaitu:

8. Membayangkan bahawa keakraban antara ahli DTS boleh diperkukuhkan lagi sekiranya bahagian Perpaduan DTS yang dipengerusikan oleh Dr. Jurin Gunsalam dapat merangka pertemuan di antara Pengerusi-Pengerusi Bahagian dengan agenda yang terancang yang tertumpu kepada pengukuhan keakraban.

7. Setiap ahli DTS semua peringkat diharapkan akan merapatkan kembali jurang (close rank) bagi menjamin perlaksanaan yang bersepadu dan kukuh.

6. Setiap ahli DTS daripada semua peringkat perlu memainkan peranan masing-masing dengan ikhlas dan tanpa syak wasangka antara satu sama lain (beliau berpendapat syak wasangka akan merugikan DTS).

5. Setiap ahli DTS daripada semua peringkat (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Pengerusi-pengerusi Bahagian dan ahli biasa) perlu bertindak berdasarkan falsafah dan matlamat asal DTS agar tidak berlaku salahfaham di antara sesama.

4. Diharapkan kaedah perlaksanaan setiap bahagian dalam DTS adalah seperti dalam "hak dan kebebasan yang terkekang" dalam "Tulus kah hati mu yang tulus" (http://aragangkimaragang.blogspot.com/2009/06/tuluskah-hati-mu-yang-tulus.html). Ini adalah model terbaik yang boleh menyerlahkan kreativiti para pengerusi terlibat.

3. Beliau menekankan bahawa Persatuan Alumni Kimaragang Tandek adalah juga wadah bagi kesemua ahli dalam DTS untuk memainkan peranannya dan bersedia untuk membincangkan sumbangan pendapat daripada semua ahli di dalam mesyuarat Persatuan Alumni Kimaragang Tandek (sumbangan pendapat dan pertanyaan perlu dikemukakan melalui saluran yang sesuai iaitu kepada Setiausaha Kehormat Persatuan).

2. Gerakan Pertubuhan Kimaragang Malaysia dalam apapun bentuknya diharapkan tidak akan dan tidak dilihat menjejaskan pengukuhan Persatuan Alumni Kimaragang Tandek.

1. Cakap-cakap tentang justifikasi pembentukan Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang dikaitkan dengan individu tertentu diharapkan akan dihentikan untuk meredakan pergeseran sesama ahli dalam DTS.

Thursday, June 4, 2009

TULUSKAH HATI MU YANG TULUS?

Dalam sebuah negara yang merdeka, hak dan kebebasan bermula daripada individu sebagai unsur asas. Individu2 ini membentuk sebuah masyarakat setempat dalam sebuah kampung/taman. Dalam kampung ini, hak dan kebebasan individu masih dihormati selagi tidak memberikan kesan/keburukan kepada individu lain. Kekangan terhadap hak dan kebebasan seumpama ini berkembang dengan saiz geografi.

Dalam kienginan sekumpulan individu membantu masyarakatnya, setiap individu yang terlibat dengan amanah yang dipersetujuinya mempunyai hak autonominya sendiri tanpa perlu stereotype perkumpulan asal. Jika tidak, kreativitinya akan terbantut.

Dalam melaksana visi/misi, individu berkenaan perlu bergerak dalam satu kumpulan baru yang seaspirasi dengannya yang bukan lagi daripada perkumpulan asal untuk mengelakkan stereotype. Dalam suasana itu, visi dan perlaksanaan bukan lagi milik individu berkenaan tetapi oleh perkumpulan baru.

Pun begitu, individu yang bijak akan membina perkumpulan baru dengan memberikan ruang kepada individu lain dari perkumpulan mana pun untuk menyumbangkan idea. Setalah perkumpulan baru diperkukuhkan, unit-unit baru/khusus boleh diwujudkan dengan menjemput rakan-rakan daripada manapun untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bagi individu yang lebih bijak, satu barisan penasihat boleh diwujudkan setelah badan berkenaan diperkukuhkan dengan mengambilkira semua golongan individu termasuk daripada perkumpulan asal. Itupun, kuasa autonami bukanlah terletak pada individu berkenaan tetapi pada perkumpulan itu sendiri.

Inilah istilah negara merdeka yang setiap individu mempunyai hak dan bebebasan yang terkekang. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan selagi tidak memberi kesan/keburukan kepada orang lain.

Ketulusan hati yang dianggap tulus adalah relatif. Bagi mereka yang tinggal di Amerika, ukuran ketulusan hatinya berbeza dengan ukuran di Cina. Ketulusan hati bukan untuk orang lain nilai. Ianya dinilai oleh diri sendiri. Mungkinkah ukuran ketulusan anda adalah Amerika?

Tuesday, June 2, 2009

Nunu it Deklarasi Torong Soko?

Kopiwosian sid dikau AK. Tulungan oku posuwang ditit komen ku pasal dit Deklarasi Torong Soko (DTS).

Jedol.

---------------
Ok... Taakan taekau dot login ditit blog supaya adapat nu popost kondiri serera. AK.
---------------

Kumaa dit pembaca kikiawi.

Pogulu po, arapon ku dot amu dikoo pawagaton om nilaion kejayaan/kegagalan dit Deklarasi atas bahu disai-disai terutamanya dit Pengurusi Kerja. It DTS diri, baagi ko yoku tu nakatanud ok, iri diri sumbangan ikhlas dit tongo amu kopiro tongo kinoruangan untuk membantu membangunkan orang-orang kita om it kawasan tokow. Kira ong berjaya papanau dit DTS, bonus. Ong amu, kira kosong-kosong. It DTS diri okon ko piniumpugan dit tulun dit minisingko wawaro (waro iee ot amu kopirolah). Jadi, aarap oku dot aso ot insalaan daton, iaalo om ialo nagagal papapanau dit tugas ka. Iti diti okon ko tugasan po. Iti diti iso ot visi sukarela om ikhlas untuk bansa Kimaragang. Sagai pogi om, it tiya dit timpuun, amu oporolu dot poligowon daton it nununu it minangan sorid Torong Soko kangku tu iri diri untuk aspirasi kondiri no dit tongo sukarelawan. It ucapan ponutup ku, kangku, "Kada tokow berjanji dot papanau dit DTS. Maad waalon tokow iee baagi disai-disai dit mingaangam dit waro ot potoyoungan/masa".

Ugu po keino, mongogintong dilot perkembangan makaa, mad waro diri ot kepereluan dot ondomon tokow it kandungan DTS terutamanya it tongo pengerusi dit DTS. Kopotutan no it sorid Labuan diri, iee kuwo om iee kuwo berkongsi dot perkembangan terbaru setakat dit nawaal doo dit doo dot bahagian. Nga, kikiawi it nokorikot sori aso po ot nawawaal. Untuk memesongkan perhatian dit tulun dit eingin mengikuti perkembangan DTS, waro no iso-duwo ot dipersalahkan supaya it kelemahan doo tidak menonjol om oolingan no dot tulun. Aso ot perkembangan dit bahagian doo, ikuwo ot nasalah sampai dot nakawaal dot iso wagu ot persatuan. Aso ot perkaitan nga iri no ot binoros.

Ong intangan tokow it isu-isu utama sid perjumpaan sorid Labuan diri (http://www.juringunsalam.com/2009/05/beberapa-hari-lalu-ini.html), iri no iri it isu-isu lama sorid Torong Soko (bulan 8, 2008. moosomok no dot sontoon, kakal iee mogiim nunu om nunu ot masalah dot tulun Kimaragang). It sorid Torong Soko, minibahas okoi nunu om nunu ot masalah dot tulun Kimaragang om neeiman yaa no dot penyelesaian. Iri neit penyelesaian diri it reatan dot Deklarasi Torong Soko. Om, it sorid Labuan nga minibahas no waagu isu-isu yang sama ugu ko monimpuun nogi? Nealaan no daton it tongo masalah-masalah diri dit tiya sori tokow id Torong Soko om nawaal no daton it formula penyelesaian. Jadi, sepatutnya it sorid Labuan membincangkan apakah perkembangan-perkembangan terbaru dit bahagian-bahagian diri.

It tongo pengurusi-pengerusi bahagian, ong aso po ot perkembangan, poboroson nopo laahhh dot aso po ot perkembangan. Aso ie ot pulis manangkap ong amu poma nakapanau/notimpuunan it tugasan tu elaan iee daton dot masing-masing waro ot tanggungjawap kondiri sid karaja, sid walai, sid tongo tanganak, sid keluarga om wookon-wookon po. Iiiri pot Seketeriat (terutama it Setia Usaha), ong ikuwo om ikuwo minimoros dot aso po ot perkembangan dit bahagian doo ka, kepetutan no minogiim dot jalan supaya adapat manaak dot idea kukuroo ot kapapanaan dit "tugas" dialo diri. Sebagai contoh, mencadangkan Jawatan Kuasa khas untuk membantu dit pengerusi papapanau dit "tugas". Ogumu iee ot tongo kinoruangan singboboros sid blog dilo bahawa yoalo sedia membantu.

Dari satu sudut, menyesal oku dit pengelibatan ku DTS. Dari sudut lain, bersyukur oku tu nootutunan ku taawal itit tongo tulun diti. Nasip po tu okon po ko hal-hal tagayo. Ong agayo no babanar, aii... asaadan oku boyobo.

Bagi dit disai-disai dit eingin mengikuti perkembangan DTS diti, kada kow po turus-turus mengambil kesimpulan (jump to the conclusion) dalam menilai ditit isu diti. Baagi dit osorius, umpugon dikoo it tongo dokumen-dokumen DTS, bacaaon po babanar, timbangon kiri-kanan om manganu nogi dot kesimpulan. It tongo kikepakaran dalam kewartawanan, it DTS diti iso ot dokumen/isu bersejarah satu kumpulan orang-orang Kimaragang (dit sampai makaa kakal oku iee mempelajari dit visi/misi om cara kerja ("modus oprandi") doo), om waro ot nilai sejarah doo soompori. Paangandaman daton om tongo tanganak tokow.

DEKLARASI TORONG SOKO

-Menjalinkan hubungan baik (Smart Partnership) dengan political authority dan pihak berkuasa yang dapat membantu meningkatkan sosioekonomi bangsa Kimaragang
PENGERUSI: TN ABD. LATIFF KANDOK

-Menubuhkan Almuni Kimaragang /Yayasan Pendidikan Kimaragang
-Kajian ke atas sikap pasif pelajar bangsa Kimaragang di IPT dalam aspek kepimpinan.
-Membangunkan modul pembangunan awal (Sekolah Rendah/Menengah Rendah) kepimpinan bangsa Kimaragang
-Mendorong ibubapa memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak Kimaragang
-Menganjur seminar kecemerlangan pelajar Kimaragang
-Mewujudkan website dan blog Kimaragang
PENGERUSI : PROF.MADYA DR. JEDOL DAYOU

-Mendokumentasikan sejarah dan sastera rakyat Kimaragang sebagai falsafah perjuangan
-Mendokumentasikan dan mewartakan sejarah pemilikan tanah adat Kimaragang
PENGERUSI: EN.JANATHAN KANDOK

-Membangunkan pangkalan data sosioekonomi Kimaragang
-Menubuhkan Koperasi Kimaragang dan Persatuan Perniagaan Bumiputera Kimaragang
-Mengusulkan kepada kerajaan untuk mewujudkan pelabuhan Kastam di Kota Marudu
PENGERUSI: EN. HENDRUS ANDING

-Merangka blueprint pembangunan kepimpinan bukan konvensional dan konvensional Kimaragang dalam aspek kepimpinan, infrastruktur, dan pembangunan modal insan
-Mengadakan konvensyen kepimpinan belia dan beliawanis Kimaragang
-Memberi sokongan padu kepada individu bangsa Kimaragang yang berpotensi menjadi pemimpin yang berwibawa
-Menubuhkan Majlis Penasihat (think tank) Kimaragang dianggotai pemimpin veteran, pemimpin masyarakat dan agama
-Mengenalpasti masalah, bakat dan potensi bangsa Kimaragang
-Meminta kerajaan menyegerakan kewujudan daerah Tandek
-Menubuhkan kumpulan Briged Muda Kimaragang
-Mewujudkan mekanisma, menerbitkan dan meningkatkan nama baik pemimpin Kimaragang
PENGERUSI: PROF.MADYA DR.JUALANG AZLAN GANSAU

-Meminta kerajaan mewujudkan Pusat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Kimaragang
-Mempromosikan landmark Kimaragang
PENGERUSI: EN. JAMAL MAJUNTING @JEM

-Membudayakan sikap bersatupadu di kalangan bangsa kimaragang dalam menangani sebarang permasalahan
PENGERUSI: DR. JURIN GUNSALAM