Tuesday, October 6, 2009

Interaksi Mahasiswa Mahasiswi UMS dengan calon peperiksaan SPM & STPM kaum Kimaragang tahun 2009

Berita terbaru mengenai program di atas. Ketetapan telah diatur bahawa program tersebut akan dilaksanakan pada 22-25hb. Oktober 2009. Tempat yang sesuai masih dicari. Adalah difahamkan bahawa penganjur program mempunyai kekangan dari segi kewangan. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan tidak semua pelajar-pelajar Kimaragang calon peperiksaan SPM & STPM 2009 dapat akan dilibatkan. Hanya sebilangan sahaja daripada mereka akan dipilih. Semoga program ini akan dapat membantu anak-anak Kimaragang dalam perkembangan pendidikan mereka seterusnya kerjaya di masa hadapan.