Sunday, June 7, 2009

SAMA-SAMA KITA URAIKAN KEKUSUTAN

Salam kepada semua.

Prof. Jedol sedang bercuti untuk satu jangkamasa dan beliau meminta supaya ulasan berikut dimuatkan ke dalam blog ini.

Sebelum itu, beliau ingin membuat kenyataan tidak rasmi (menurut beliau, kenyataan rasmi biasanya dibuat oleh Setiausaha Kehormat setelah dibincangkan dalam mesyuarat) bahawa Persatuan Alumni Kimaragang Tandek belum lagi didftarkan dan belum lagi dilancarkan. Pada pendapat beliau, antara penyumbang utama dalam kemelut terkini adalah kerana beliau dianggap "Tidak menjemput ahli-ahli Deklarasi Torong Soko (DTS) ke dalam Alumni" dan "Menganugerah kepada diri sendiri". Kuasa autonomi Alumni bukanlah dimiliki oleh beliau sehinggakan beliau boleh menjemput sesiapa sesuka hatinya. Kuasa autonomi Alumni dimiliki oleh Alumni. Sebarang tindakan yang diambil berkaitan Alumni perlu dibincangkan mengikut prosedur perlembagaan persatuan.

Mungkin seperkara yang dipandang ringan oleh semua pihak iaitu Persatuan Alumni Kimaragang Tandek telahpun mempunyai struktur organisasinya jauh lebih awal daripada DTS. Pada pendapat saya, organisasi asal dikekalkan atas dasar setiakawan Prof. Jedol terhadap pengasas Alumni. Walau bagaimanapun, seperti apa yang berlaku semasa Anugerah Pelajar Cemerlang Kimaragang 2008 di mana kesemua Jawatankuasa Alumni yang asal dengan sebulat suara menjemput semua pihak (yang dapat dihubungi pada masa itu) untuk memainkan peranan dalam majlis berkenaan, beliau juga percaya bahawa dalam fasa seterusnya (setelah Alumni dikukuhkan), Jawatankuasa Alumni juga akan bersetuju untuk menjemput semua pihak ke dalam organisasi untuk "sama-sama melakukan semua perkara" secara bersama-sama (posting http://muralang76jr.blogspot.com/2009/06/tuluskah-hati-mu.html adalh berkait).

Beliau membayangkan penyatuan kembali kumpulan Deklarasi Torong Soko bersama harapan beliau iaitu:

8. Membayangkan bahawa keakraban antara ahli DTS boleh diperkukuhkan lagi sekiranya bahagian Perpaduan DTS yang dipengerusikan oleh Dr. Jurin Gunsalam dapat merangka pertemuan di antara Pengerusi-Pengerusi Bahagian dengan agenda yang terancang yang tertumpu kepada pengukuhan keakraban.

7. Setiap ahli DTS semua peringkat diharapkan akan merapatkan kembali jurang (close rank) bagi menjamin perlaksanaan yang bersepadu dan kukuh.

6. Setiap ahli DTS daripada semua peringkat perlu memainkan peranan masing-masing dengan ikhlas dan tanpa syak wasangka antara satu sama lain (beliau berpendapat syak wasangka akan merugikan DTS).

5. Setiap ahli DTS daripada semua peringkat (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Pengerusi-pengerusi Bahagian dan ahli biasa) perlu bertindak berdasarkan falsafah dan matlamat asal DTS agar tidak berlaku salahfaham di antara sesama.

4. Diharapkan kaedah perlaksanaan setiap bahagian dalam DTS adalah seperti dalam "hak dan kebebasan yang terkekang" dalam "Tulus kah hati mu yang tulus" (http://aragangkimaragang.blogspot.com/2009/06/tuluskah-hati-mu-yang-tulus.html). Ini adalah model terbaik yang boleh menyerlahkan kreativiti para pengerusi terlibat.

3. Beliau menekankan bahawa Persatuan Alumni Kimaragang Tandek adalah juga wadah bagi kesemua ahli dalam DTS untuk memainkan peranannya dan bersedia untuk membincangkan sumbangan pendapat daripada semua ahli di dalam mesyuarat Persatuan Alumni Kimaragang Tandek (sumbangan pendapat dan pertanyaan perlu dikemukakan melalui saluran yang sesuai iaitu kepada Setiausaha Kehormat Persatuan).

2. Gerakan Pertubuhan Kimaragang Malaysia dalam apapun bentuknya diharapkan tidak akan dan tidak dilihat menjejaskan pengukuhan Persatuan Alumni Kimaragang Tandek.

1. Cakap-cakap tentang justifikasi pembentukan Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang dikaitkan dengan individu tertentu diharapkan akan dihentikan untuk meredakan pergeseran sesama ahli dalam DTS.

3 comments:

  1. Sebagai seseorang yang banyak memperhatikan dan siap menyumbang idea, besar harapan saya agar pertemuan tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat untuk memulihkan kembali hubungan yang agak terganggu ekoran daripada beberapa salah faham yang berlaku sebelum ini.

    Alumni, DTS, PKM melibatkan beberapa peribadi yang sama. Oleh itu amatlah wajar pergerakan2 yang sudah dirancang dan akan dirancangkan pada masa hadapan dapat dilakukan secara usaha sama walaupun terdapat beberapa garis pemisah yang tidak dapat dielakkan khususnya di antara Alumni dan PKM.

    PKM tidak perlu dilihat seperti induk (maaf kerana saya pernah menyebutnya sebelum ini) kepada Alumni, manakala Alumni pula tidak perlu merasakan seperti diketepikan. Masing2 punya peranan yang penting dan sekali lagi perlu bergerak bersama2.

    Terlalu terhad untuk saya menyatakan semuanya di sini. Jika diizinkan Tuhan, saya ingin menghadiri pertemuan seperti yang saudara cadangkan di sini. Dalam pertemuan itu kita boleh merencanakan lebih banyak perkara. Jika ia harus menjadi satu permulaan yang baru juga tidak mengapa, kerana pada dasarnya kita semua berjuang untuk memartabatkan bangsa kita, Kimaragang.

    Note: We are still aligning our ways. Nothing is too late. If we are sincere enough, we can work it out together again. Take care everyone and God bless us.

    ReplyDelete
  2. kamu sabagai urang ada sikul tingi2..ada sijil gulung-gulung ada utak geliga,pandai2 lah bah urus mana yang baik untuk bangsa Kimaragang.

    ReplyDelete
  3. yoku nga tulun kimragang ih nga nokonpius oku dino pasal2 dot ogumu balaai ot alumni kimaragang diti...nunupoh DTS om nunu po iti...

    adihh...kukuoyon tokou diti

    ReplyDelete