Dalam sebuah negara yang merdeka, hak dan kebebasan bermula daripada individu sebagai unsur asas. Individu2 ini membentuk sebuah masyarakat setempat dalam sebuah kampung/taman. Dalam kampung ini, hak dan kebebasan individu masih dihormati selagi tidak memberikan kesan/keburukan kepada individu lain. Kekangan terhadap hak dan kebebasan seumpama ini berkembang dengan saiz geografi.
Dalam kienginan sekumpulan individu membantu masyarakatnya, setiap individu yang terlibat dengan amanah yang dipersetujuinya mempunyai hak autonominya sendiri tanpa perlu stereotype perkumpulan asal. Jika tidak, kreativitinya akan terbantut.
Dalam melaksana visi/misi, individu berkenaan perlu bergerak dalam satu kumpulan baru yang seaspirasi dengannya yang bukan lagi daripada perkumpulan asal untuk mengelakkan stereotype. Dalam suasana itu, visi dan perlaksanaan bukan lagi milik individu berkenaan tetapi oleh perkumpulan baru.
Pun begitu, individu yang bijak akan membina perkumpulan baru dengan memberikan ruang kepada individu lain dari perkumpulan mana pun untuk menyumbangkan idea. Setalah perkumpulan baru diperkukuhkan, unit-unit baru/khusus boleh diwujudkan dengan menjemput rakan-rakan daripada manapun untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bagi individu yang lebih bijak, satu barisan penasihat boleh diwujudkan setelah badan berkenaan diperkukuhkan dengan mengambilkira semua golongan individu termasuk daripada perkumpulan asal. Itupun, kuasa autonami bukanlah terletak pada individu berkenaan tetapi pada perkumpulan itu sendiri.
Inilah istilah negara merdeka yang setiap individu mempunyai hak dan bebebasan yang terkekang. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan selagi tidak memberi kesan/keburukan kepada orang lain.
Ketulusan hati yang dianggap tulus adalah relatif. Bagi mereka yang tinggal di Amerika, ukuran ketulusan hatinya berbeza dengan ukuran di Cina. Ketulusan hati bukan untuk orang lain nilai. Ianya dinilai oleh diri sendiri. Mungkinkah ukuran ketulusan anda adalah Amerika?
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku
-
*Anakku Hana Khairunnisa*
Sekian lama tidak muncul dalam ruang Blog ini, hari ini terpanggil untuk
melontarkan Post. Post kali ini seiring dengan gambar d...
6 years ago
Kopiwosian AK. Nunu obo ot pisuputan dot kuasa autonomi, ketulusan hati om Amerika?
ReplyDeletekopiwosian AK. walaupun ketulusan itu boleh dihidu dari riak wajah dan perilaku seseorang, tapi hakikatnya hanya Tuhan yg tahu perkara sebenar. Soal hati adl urusan di antara kita dgn Tuhan. tapi harus diingat, kocakan hati seringkali terlepas keluar melalui perbuatan. apapun, dlm hubungan sesama manusia reaksi luaran yg seharusnya menjadi penilaian. soal dalaman itu serahkan saja kpd Tuhan yg maha mengetahui... sekadar pandangan. :-)
ReplyDeleteBanar iti boros nuh asoh komen ku.. yoku diti utk dih sedia maklum (kotutun dogon) mimang koh ami’eh apalui banar.. ami’eh apatog, waroh2 masa kosumpak ngah opipit..moningot bang akasou. Asoh taling tapi kisisik tapuk… ginawoh ami’eh onibah. Nokopitobping okoi dih prof bai’noi (berbeza pendapat) amih sampai mikotol, inoh ih mari bang waro2 masa mitelopon okoi marih mongoi monginum kopi (banar oi prof)… torima kasi saudara (okitu ku ino ngaran nuh ngah tokou ih tokou). salam...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKEIKHLASAN HATI
ReplyDeleteDi dalam pengalaman hidup mencari
kawan yang setia susah sekali
Macam susahnya mencari gagak yang putih,
mana ada
Begitu juga jiran yang mulia
macam keluarga payah dicari
Macam payah diperolehi intan
permata untuk dipunyai
Taat setia seorang pengikut
kepada pemimpin serupa sahaja
Kerana itulah ramai rakyat
yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan
seorang pemimpin payah dijumpai
Keadilannya hanya tinggal slogan
di dalam realitinya yang tidak ada
Juga yang bertanggungjawab
terhadap amanah amat susah sekali
Ramai yang bertangungjawab terhadap amanah
mengambil mudah atau bermudah-mudahan
Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas
di dalam beramal lagi payah
Kerana ALLAH itu hanya pemanis kata,
realitinya tiada
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah
tapi pengakuan hati
Sedangkan perjalanan hati
payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
Ia adalah rahsia ALLAH yang Maha Mengetahui perjalanan hati
Pintalah kepada ALLAH hidayah dan taufikNya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti.
tingkalanon boy
```````````````````````````````````