Thursday, June 4, 2009

TULUSKAH HATI MU YANG TULUS?

Dalam sebuah negara yang merdeka, hak dan kebebasan bermula daripada individu sebagai unsur asas. Individu2 ini membentuk sebuah masyarakat setempat dalam sebuah kampung/taman. Dalam kampung ini, hak dan kebebasan individu masih dihormati selagi tidak memberikan kesan/keburukan kepada individu lain. Kekangan terhadap hak dan kebebasan seumpama ini berkembang dengan saiz geografi.

Dalam kienginan sekumpulan individu membantu masyarakatnya, setiap individu yang terlibat dengan amanah yang dipersetujuinya mempunyai hak autonominya sendiri tanpa perlu stereotype perkumpulan asal. Jika tidak, kreativitinya akan terbantut.

Dalam melaksana visi/misi, individu berkenaan perlu bergerak dalam satu kumpulan baru yang seaspirasi dengannya yang bukan lagi daripada perkumpulan asal untuk mengelakkan stereotype. Dalam suasana itu, visi dan perlaksanaan bukan lagi milik individu berkenaan tetapi oleh perkumpulan baru.

Pun begitu, individu yang bijak akan membina perkumpulan baru dengan memberikan ruang kepada individu lain dari perkumpulan mana pun untuk menyumbangkan idea. Setalah perkumpulan baru diperkukuhkan, unit-unit baru/khusus boleh diwujudkan dengan menjemput rakan-rakan daripada manapun untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bagi individu yang lebih bijak, satu barisan penasihat boleh diwujudkan setelah badan berkenaan diperkukuhkan dengan mengambilkira semua golongan individu termasuk daripada perkumpulan asal. Itupun, kuasa autonami bukanlah terletak pada individu berkenaan tetapi pada perkumpulan itu sendiri.

Inilah istilah negara merdeka yang setiap individu mempunyai hak dan bebebasan yang terkekang. Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan selagi tidak memberi kesan/keburukan kepada orang lain.

Ketulusan hati yang dianggap tulus adalah relatif. Bagi mereka yang tinggal di Amerika, ukuran ketulusan hatinya berbeza dengan ukuran di Cina. Ketulusan hati bukan untuk orang lain nilai. Ianya dinilai oleh diri sendiri. Mungkinkah ukuran ketulusan anda adalah Amerika?

5 comments:

  1. Kopiwosian AK. Nunu obo ot pisuputan dot kuasa autonomi, ketulusan hati om Amerika?

    ReplyDelete
  2. kopiwosian AK. walaupun ketulusan itu boleh dihidu dari riak wajah dan perilaku seseorang, tapi hakikatnya hanya Tuhan yg tahu perkara sebenar. Soal hati adl urusan di antara kita dgn Tuhan. tapi harus diingat, kocakan hati seringkali terlepas keluar melalui perbuatan. apapun, dlm hubungan sesama manusia reaksi luaran yg seharusnya menjadi penilaian. soal dalaman itu serahkan saja kpd Tuhan yg maha mengetahui... sekadar pandangan. :-)

    ReplyDelete
  3. Banar iti boros nuh asoh komen ku.. yoku diti utk dih sedia maklum (kotutun dogon) mimang koh ami’eh apalui banar.. ami’eh apatog, waroh2 masa kosumpak ngah opipit..moningot bang akasou. Asoh taling tapi kisisik tapuk… ginawoh ami’eh onibah. Nokopitobping okoi dih prof bai’noi (berbeza pendapat) amih sampai mikotol, inoh ih mari bang waro2 masa mitelopon okoi marih mongoi monginum kopi (banar oi prof)… torima kasi saudara (okitu ku ino ngaran nuh ngah tokou ih tokou). salam...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. KEIKHLASAN HATI

    Di dalam pengalaman hidup mencari
    kawan yang setia susah sekali

    Macam susahnya mencari gagak yang putih,
    mana ada

    Begitu juga jiran yang mulia
    macam keluarga payah dicari

    Macam payah diperolehi intan
    permata untuk dipunyai

    Taat setia seorang pengikut
    kepada pemimpin serupa sahaja

    Kerana itulah ramai rakyat
    yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya

    Begitulah juga keadilan
    seorang pemimpin payah dijumpai

    Keadilannya hanya tinggal slogan
    di dalam realitinya yang tidak ada

    Juga yang bertanggungjawab
    terhadap amanah amat susah sekali

    Ramai yang bertangungjawab terhadap amanah
    mengambil mudah atau bermudah-mudahan

    Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas
    di dalam beramal lagi payah

    Kerana ALLAH itu hanya pemanis kata,
    realitinya tiada

    Ikhlas itu bukan pengakuan lidah
    tapi pengakuan hati

    Sedangkan perjalanan hati
    payah dikesan dan payah dijejaki

    Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
    Ia adalah rahsia ALLAH yang Maha Mengetahui perjalanan hati

    Pintalah kepada ALLAH hidayah dan taufikNya tentang hati
    Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti.

    tingkalanon boy


    ```````````````````````````````````

    ReplyDelete